Bubur Lambuk E mak

Ramuan / Bahan

Bahan A:
2 cawan beras
1 batang serai(dititik)
2 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
½ inci kulit kayu manis
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk) 250 gram daging/ayam (dipotong kecil-kecil)
air secukupnya

Bahan B:
garam secukupnya
1 cawan santan pekat
daun sup(dipotong halus)
daun bawang(dipotong halus)

Cara-cara

1.beras dibasuh sebersih-bersihnya dan ditoskan.
2.masukkan air secukupnya bersama-sama kesemua bahan A ke dalam periuk yang berisi beras tadi.
3.air perlu kerap ditambah sehingga nasi menjadi bubur.
4.Kemudian,masukkan santan dan garam secukup rasa.
5.Biarkan ia mendidih satu kali dan sedia untuk dihidangkan.