Nasi Keboli

Ramuan / Bahan

Ramuan Untuk Memasak Nasi
3 ½ cawan beras biasa
½ cawan beras pulut
4 cawan air
2 sudu susu cair
½ sudu kecil garam
Bahan Tumis:
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
2 ulas bawang merah yang dimayang halus
½ sudu kecil halba
1 cm halia yang dihiris halus memanjang
1 inci kulit kayu manis, sebiji buah pelaga, sekumtum bunga lawang & 2 kuntun bunga cengkih.

Ramuan Untuk Kuah
1 ekor ikan aya/tongkol yang telah dikukus
3 cawan santan dari sebiji kelapa
(santan dididihkan sampai berminyak)
5 sudu rempah gulai ikan
2 keping gula melaka
5 keping asam keping
10 biji cili padi(untuk hiasan)
5 sudu cili boh & 2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
5 ulas bawang besar
1 labu bawang putih
1 cm lengkuas, 1 cm halia
5 tangkai lada kering (rendam air panas terlebih dahulu)

Cara-cara

Cara Memasak Nasi:
Tumis kesemua bahan2 untuk menumis sehingga naik bau dan masukkan air, susu & garam . Biarkan mendidih. Masukkan beras biasa & beras pulut. Biarkan ia masak.

Cara Memasak Kuah :
Setelah santan mendidih dan berminyak, masukkan kesemua bahan yang dikisar, gula melaka, asam keping & rempah gulai ikan. Cili boh ditumis berasingan dgn 2 sudu minyak masak. Setelah kuah mendidih & pekat masukkan cili boh yang telah ditumis tadi & masukkan juga cili padi sebagai penambah selera & hiasan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan aya/tongkol yang telah dikukus ke dalam kuah.