Nasi Kaya Gerodak

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam
3 biji telur itik
1 cawan santan pekat
2 ketul gula melaka
2 helai daun pandan 2 helai daun sirih
1 sudu teh garam
Sedikit kapur
4 kuntum bunga cengkih

Cara-cara

Gula melaka dimasak dengan sedikit air sehingga setengah pekat dan simpan semalaman.

Campurkan telur bersama kapur, daun pandan, bunga cengkih dan garam. Kacau dan ramas daun pandan. Tapis dan pukul dengan senduk sehingga berbuih.

Masukkan gula melaka yang telah dimasak dan pukul lagi dengan senduk hingga berbuih.

Panaskan kukusan dan kukus hingga masak.