Nasi Kari Hati Ayam

Ramuan / Bahan

1 kg beras basmati (basuh & toskan airnya)
Air secukupnya (mengikut sukatan beras)
100 gm hati ayam (dipotong kecil)
2 batang serai (dititik)
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang merah (ditumbuk lumat) 5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 cm halia (ditumbuk lumat)
Beberapa tangkai daun sup (dihiris kecil)
50 ml susu cair
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang
100 ml minyak

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya. Masukkan rempah kari, serai, bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang & hati ayam. Setelah wangi, masukkan air. Apabila mendidih, masukkan susu cair, garam & daun sup. Masukkan beras & biarkan sehingga nasi masak. Hiaskan dengan bawang goreng, kismis & gajus.