Nasi Kari

Ramuan / Bahan

375 gm beras
300 gm air
75 gm susu cair - jadikan susu masam
1 biji limau kasturi - jadikan susu masam
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
3 sudu besar rempah kari 3 cm kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
2 biji pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3 sudu gajus kisar
3 sudu bawang goreng
3 sudu gajus goreng
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bawang hiris hingga wangi diikuti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, kacau hingga wangi. Masukkan rempah kari serta gajus kisar. Apabila rempah garing masukkan air, susu masam, garam dan daun pandan simpul. Apabila mendidih masukkan beras. Tutup periuk dan masak seperti memasak nasi biasa. Apabila kering, taburkan gajus goreng dan bawang goreng, kacau rata. Hidangkan bersama daging ketumbar dan salad timun.