Nasi Kalinka

Ramuan / Bahan

beras (3 pot)
3 sudu besar minyak bunga matahari(kalinka)
1 pati ayam knorr
2 kayu manis
5 tangkai cengkih
4 bunga lawang
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
bawang goreng
kismis (secukup rasa)
garam
margerin

Cara-cara

1) rebus rempah-rempah tersebut dengan secawan air. rempah2 tersebut adalah kayu manis, cengkih, bunga lawang.

2) panas periuk, masukkan minyak bunga matahari(kalinka) dan marjerin ke dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.

3) Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk, gaul. kemudian masukkan air rebusan rempah, garam dan air biasa secukupnya.selepas separuh masak, masukkan kismis ke dalam nasi tersebut dan biar ia masak sehingga tamat.

4) hidangkan.