Nasi Kalia Hati Lembu

Ramuan / Bahan

½kg hati lembu
2 tin susu beras siam
2 tin susu cair
2 sudu makan tomato puri
½ cawan susu cair
1 sudu makan minyak sapi
½ senduk minyak kelapa
1 genggam bawang merah ditumbuk Bahan untuk menumis:
2 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
2 kuntum bunga bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sm kayu manis
1 sudu besar rempah kurma
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Hati dibersihkan kemudian dipotong kecil-kecil. Beras dibasuh dan ditoskan airnya. Pijarkan minyak kelapa dan minyak sapi di dalam periuk. Setelah itu tumiskan semua bahan-bahan penumis di atas sambil dikacau sehingga rata. Kemudian masukkan hati. Bila telah agak garing sedikit masukkan air sebayak 2 tin susu tadi bersama susu cair, tomato puri, garam, serbuk perasa dan daun pandan. Setelah mendidih masukkan beras dan masaklah seperti memasak nasi biasa.
Bila masak, bolehlah dihidangkan bersama sebarang acar.