Nasi Kacang Peas

Ramuan / Bahan

1 tin kecil kacang peas
2 tin susu beras
2 tin susu air
10 ulas bawang merah ditumbuk hingga
lumat
2 ketul hati ayam
2 ketul pedal ayam atau daging 2 sudu kecil tomato puri
2 sudu makan minyak sapi
½ senduk minyak kelapa
Sedikit cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga untuk menumis.

Cara-cara

Hati, pedal atau daging dibersihkan kemudian dipotong kecil-kecil setelah itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah sesudah itu digoreng dengan sedikit minyak masak. Beras dicuci dan ditoskan airnya. Pijarkan minyak sapi dan minyak kelapa dalam periuk kemudian tumiskan bahan-bahan untuk menumis bersama-sama bawang tumbuk dan tomato puri. Setelah itu masukkan 2 tin susu air. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah seperti biasa. Apabila telah kering masukkan hati dan pedal yang sudah digoreng tadi. Setelah masak baru masukkan kacang peas ke dalam nasi sambil digaulkan hingga rata. Taburkan bawang goreng diatasnya ketika dihidangkan.