Nasi Kacang Panjang

Ramuan / Bahan

2 tin susu beras
2½ tin susu air
3 biji tomato dibelah empat
200 gm kacang panjang dimayang nipis
75 gm daging dipotong kecil 1 biji bawang besar dimayang halus
2 sudu makan marjerin
4 sudu makan minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara

Beras dibersihkan kemudian dibasuh. Panaskan minyak masak serta marjerin di dalam periuk. Tumiskan bawang hingga kuning, setelah itu masukkan air dan daging. Bila sudah mendidih masukkan beras. Setelah hampir kering masukkan kacang panjang, tomato serta garam digaulkan hingga rata. Tutupkan periuk, biarkan hingga cukup kering dan masak. Setelah itu bolehlah dihidangkan.