Nasi Kacang Kuda

Ramuan / Bahan

1 kg beras
¾ cawan kacang kuda yang tiada berkulit
4 senduk minyak sapi
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah 2.5 sm halia
2.5 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil air santan mengikut beras)
daun pandan

Cara-cara

Kacang direbus jangan terlalu masak. Beras dibasuh dan ditoskan. Panaskan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang. Masukkan beras, kacang kuda dan santan. Masak hingga kering airnya. Bila nasi telah masak, taburkan bawang goreng.