Nasi Kacang

Ramuan / Bahan

1800 gm beras
150 gm kacang dal
10 cawan santan
2 sudu besar minyak sayur
1 sudu besar serbuk kunyit
½ sudu teh jintan manis 2.5 cm halia
8 labu bawang merah
2 labu bawang besar
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus kacang dal hingga empuk. Ketepikan. Hiris halia, bawang merah dan bawang besar. Tumis bawang merah, bawang besar, halia, jintan manis, serbuk kunyit dan daun pandan. Kacau sehingga kuning dan wangi. Masukkan santan dan kacang dal dan kacau. Masukkan bersa dan kacau sekejap. Tanak hingga masak.