Nasi Jagung

Ramuan / Bahan

4 cawan beras basmathi
2 labu bawang besar
3 cm halia
5 ulas bawang putih
3 sudu minyak sapi
3 helai daun pandan
2 cawan jagung
sedikit perkakas tumis
garam secukup rasa
Daun Sup dihiris halus

Cara-cara

Beras dan jagung dibasuh dan ditoskan airnya. Hiris bawang besar, bawang putih halia dan bawang putih.

Panaskan minyak sapi dan tumiskan perkakas tumis, bahan-bahan yang telah dihiris sehingga kuning keemasan. Campurkan beras, jagung, daun pandan, garam dan air secukupnya. Biarkan masak seperti biasa. Setelah nasi jagung kering masukkan daun sup.