Nasi Ikan Bawal

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal yang sederhana
besarnya
2½ tin susu beras siam
2½ tin susu cair
3 sudu makan rempah kari ikan
1 genggam bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sm halia
2 labu bawang besar
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga 2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan susu manis
1 helai daun pandan
2 sudu makan tomato puri
1 sudu teh serbuk kunyit
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng hingga masak. Beras dibasuh dan toskan airnya. Bawang merah, bawang putih, halia, cengkih dan pelaga ditumbuk hingga lumat. Kemudian ditumis dalam periuk. Bila telah agak garing masukkan rempah kari serta 1 cawan air sambil dikacau hingga rata. Kemudian tambahkan 21/2 tin susu cair tadi. Setelah itu masukkan susu manis dan tomato puri serta garam secukup rasa. Bila mendidih masukkan beras dan masaklah seperti membuat nasi minyak yang biasa. Bila telah kering tutup dan kecilkan apinya kemudian masukkan ikan bawal yang sudah digoreng ke dalamnya setelah itu bolehlah dihidangkan.