Nasi Ikan

Ramuan / Bahan

4 cawan beras
6 cawan air
1 cawan santan pekat
½ cawan minyak sapi
1 labu bawang besar (dimayang)
5 ulas bawang kecil (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar) 4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Beberapa kuntum bunga cengkih
6 ekor isi ikan kembung
½ cawan ikan bilis (dikisar halus)
Secubit garam
Beberapa helai daun pandan

Cara-cara

Basuh beras, tos & ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih sehingga naik aroma. Masukkan isi ikan kembung & biarkan sedikit masak. Campurkan ikan bilis, tunggu sedikit garing, masukkan air, santan & daun pandan. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam & beras. Kacau sehingga mesra & biarkan nasi betul-betul masak.