Nasi Himpit Goreng Udang

Ramuan / Bahan

2 bungkus nasi himpit
0.2 kg daun kucai
0.4 kg tauge
0.15 kg isi udang
3 biji telur
5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih
3 sudu teh kicap pekat
2 sudu teh cili boh
4 sudu makan minyak masak
Garam

Cara-cara

Nasi himpit direbus sehingga masak dan dipotong dadu sebesar ibu jari. Bawang merah, bawang putih dan kucai dipotong 2 cm panjang. Panaskan kuali dan goreng bawang berserta cili, isi udang dan telur hingga masak. Masukkan nasi himpit, kucai, tauge, kicap pekat dan cair berserta garam secukup rasa. Gaulkan sebati semua bahan tadi atas api sederhana besar. Angkat dan hidangkan.