Nasi Hailam Ketam

Ramuan / Bahan

300 gm nasi yang telah dimasak
100 gm isi ketam
2 biji telur
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk lada putih 3 sudu besar kicap cair
50 gm sayur campuran
2 tangkai cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
50 ml minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik baunya. Masukkan isi ketam, cili merah & serbuk lada putih diikuti dengan nasi. Goreng sebati, angkat nasi & ketepikan. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur & kicap cair, goreng hingga 3/4 masak. Masukkan nasi semula, kacau sebati, masukkan sayur campur & garam. Setelah nasi masak, hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.