Biskut Badam Strawberi

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
100 gm gula aising
100 gm badam kisar (dibakar dulu)
100 gm coklat (rice)
50 gm tepung jagung 1 sudu teh pes strawberi
20 gm susu tepung
2 biji kuning telur
220 gm tepung gandum
Secukupnya mangkuk kertas dan coklat cip

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul sedikit. Masukan tepung jagung, badam kisar, pes strawberi, susu tepung dan tepung gandum. Setelah itu masukkan coklat (rice). Masukkan adunan ke dalam plastik piping dan picit ke dalam mangkuk kertas. Hias atasnya dengan coklat cip.