Nasi Gurih

Ramuan / Bahan

1 cawan beras pendek (coklat)
2¼ cawan santan
½ sudu teh garam 1¼ inci serai atau ½ sudu teh serai yang telah dihiris nipis
1 helai daun salam

Cara-cara

Beras dibasuh dan direndam semalaman. Kemudian toskan airnya dan dimasukkan kesemua bahan-bahan tadi. Masak dengan menutup tudung periuknya dan sekali-kali kacaukan. Bila telah mendidih kecilkan apinya dan masak perlahan selama 45 minit dan kemudian padamkan terus apinya. Buka tudung periuk, kacau perlahan-lahan biarkan ia sejuk selama 10 minit dan kemudian baru dihidangkan. Makan bersama sambal goreng tempe.