Nasi Goreng Ulaman

Ramuan / Bahan

400 gm nasi putih
100 gm dada ayam
3 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
Sedikit daun selom
Sedikit daun basil
Sedikit daun pegaga
1 batang serai 3 cm halia muda
1 sudu besar sos tiram
½ sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh serbuk belacan
2 biji limau kasturi
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara

Hiris daun selom, basil, pegaga, serai, halia muda, bawang putih dan lobak. Satukan sos tiram, serbuk lada sulah dan serbuk belacan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

Masukkan isi ayam. Biar hingga masak.

Setelah itu, masukkan nasi. Gaul sebentar, kemudian baru masukkan campuran sos tiram, serbuk lada sulah dan serbuk belacan. Campur satu sudu besar air dan gaul rata.

Kemudian, masukkan ulaman yang dihiris dan air limau kasturi. Gaul sebati.