Nasi Goreng Tok

Ramuan / Bahan

2 mangkuk nasi putih
5-8 ulas bawang merah
5-8 batang cili kering
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

Hiris bawang merah dan potong cili kering kepada 3 bahagian.

Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kering tadi.

Setelah kekuningan, masukkan nasi putih.

Goreng dan gaul balikkan sehingga naik bau.

Tambahkan telur ke dalam nasi, goreng dan tambahkan garam.