Bubur lambuk Al

Ramuan / Bahan

1 cwn beras wangi
1 labu bawang besar
sedikit rempah tumisan(kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih)
½ cwn udang kering
1 cawan daging / ayam dipotong dadu
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan rempah sup ½ cwn kacang tanah
1 cwn sayur campuran(kacang peas,jagung dan carrot )
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 tin santan kelapa
1 inci halia
2 batang serai
1 helai daun pandan
2 litre air
garam

Cara-cara

masukkan minyak masak dan tumiskan bawang,halia dan rempah tumisan sehingga wangi.

masukkan rempah sup dan daging/ayam dan masukkan 2 litre air.

masukkan beras bersama daun pandan,kacang tanah,udang kering dan serai sehingga beras kembang.

masukkan santan,lada hitam,sayur campuran dan garam secukup rasa.