Nasi Goreng Sri Melaka

Ramuan / Bahan

Nasi putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji telur
sedikit ikan bilis
sedikit fish ball
sayur sawi
sedikit daging ayam
3 camca cili giling
sedikit belacan
serbuk perasa
bawang putih, bawang merah dan belacan ditumbuk bersama.

Cara-cara

Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau. Selepas itu masukkan ikan bilis, daging ayam dan fish ball sehingga ayam itu benar2 masak. Kemudian masukkan cili giling sehingga mendidih atau garing. Selepas itu masukkan nasi dan gaul hingga sebati serta masukkan telur dan gaul bersama. Last sekali masukkan sayur sawi serta serbuk perasa.
Apabila sudah masak bolehlah dihidang.