Nasi Goreng Special

Ramuan / Bahan

4 pinggan nasi putih
4 biji bawang merah (kecil)
3 biji bawang putih
satu genggam ikan bilis
1 kiub ayam knor
sedikit air
sedikit minyak 1 btg carot
2 helai daun saderi
7 btg kacang buncis
10 biji bebola ayam
4 sudu besar daging cincang
Sedikit sarbuk perasa
Sedikit lada sulah

Cara-cara

Panaskan minyak dan gorengkan daging cincang tadi sehingga sedikit garing. Kemudian toskan daging cincang dan minyak tadi jangan dibuang.
Potong bawang merah,bawang putih dan cili padi secara dadu. Panaskan minyak dan masukan bawang merah, bawang putih dan cilipadi ke dalam kuali.Goreng sampai naik bau.Masukkan carot, kacang buncis dan daun saderi yang teleh dihiris halus dan masak sehingga sedikit lembut. Kemudian masukkan minyak daging tadi ke dalam kuali.Gaul sehingga sebati. Setelah itu masukkan bebola ayam yang telah dihiris halus. Begitu juga dengan daging cincang yang telah digoreng. Masukan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Setelah Agak mendidih masukan kiub ayam knor, sedikit perasa dan lada sulah. Kacau sehingga sebati.Setelah itu masukkan nasi putih tadi dan gaul sehingga sebati.Goreng sehingga sedikit garing dan siap untuk di makan.