Nasi Goreng Simple

Ramuan / Bahan

2 ulas bawang putih ( di cincang halus)
1 ulas bawang besar (di cincang halus)
½ kg daging ayam /lembu mengikut selera masing masing dipotong kecil kecil.
2 mangkuk nasi putih.
Sos ikan secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
2 biji telur ayam
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Selepas itu masukkan daging dan masak sehingga empuk.

Apabila daging sudah empuk , masukkan telur tadi dan kacau sehingga ia masak. Masukkan jugak lada sulah. Selepas itu baru masukkan nasi tadi.

Gaulkan nasi sehingga sebati. lepas itu barulah masukkan sos ikan mengikut citarasa masing masing. Hidangkan panas panas.