Nasi Goreng Sedap Sengoti

Ramuan / Bahan

- 1 mangkuk nasi
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah atau ΒΌ biji bawang besar
- 4 biji cili api (buleh tambah kalau mahu lagi pedas)
- 1 biji telur
- Sayur campur atau sawi dsb. (ikut suka).
- Isi daging ayam atau daging dsb. (optional)
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
- Bawang goreng

Cara-cara

Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat bersama cili api, boleh juga dicincang halus sekiranya tiada lesung batu.
Panaskan minyak di dalam kuali, gunakan api yang sederhana.
Tumis bahan tumbuk tadi sehingga kelihatan kekuningan.
Masukkan isi daging (jika ada) dan terus kacau sehingga isi daging masak.
Masukkan sayuran (jika ada).
Kacau sebentar dan masukkan nasi kacaulah sehingga rata selama lebih kurang 2 minit.
Ketepikan sedikit nasi untuk menyediakan sedikit ruang dalam kuali untuk telur.
Pecahkan telur ke dalam ruang tersebut lalu kacau telur itu seperti memasak scramble egg tapi jangan sampai jadi scramble egg (jangan sampai betul-betul beku).
Apabila telur hampir beku kacaulah telur itu bersama nasi sehingga sebati, taburkan garam secukup rasa.
Apabila nasi goreng sudah masak (kelihatan kering), bolehlah diangkat dan dihidang bersama bawang goreng (jika ada)