Nasi Goreng Sedap Cepat

Ramuan / Bahan

2 biji telur ayam
3 cawam nasi (digaul dengan air garam secukup rasa)
1 sudu teh serbok lada sulah gaul dalam nasi.
sedikit cili api( kalau suka pedas-ketok2)
7 ulas bawang putih (tumbuk halus atau di ketok) 3 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Masukkan minyak masak.tumiskan bawang putih sehingga garing.

2. Pecahkan telor kedalam kuali. Gunakan sudip. Kacau rata-rata telor dengan gerakan cepat sehingga telor hancur dan halus.

3. Masukkan nasi, goreng sehingga sebati telornya.

4. Hias dengan potongan cili merah/hijau, daun sup dan bawang goreng.