Nasi Goreng Sayuran dengan Cendawan

Ramuan / Bahan

200 gm nasi yang sudah dimasak
1 biji bawang putih (dimayang)
1 biji telur ayam
10 gm cendawan hitam (black fresh mushroom)
30 gm lobak merah (dipotong panjang)
5 tangkai kacang buncis (dihiris) 30 gm kobis bulat (dihiris)
Sedikit minyak masak untuk menumis
1 sudu teh kicap pekat
3 sudu teh serbuk lada putih
Garam dan secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga sedikit kuning.

Pukul telur dan masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga ia garing.

Masukkan sedikit air (Stock ayam jika ada) dan kemudian masukkan lobak merah dan cendawan. Kacau seketika.

Kemudian masukkan nasi, kacang buncis, kobis, kicap, lada putih dan garam secukup rasa. Kacau sehingga ia masak.