Nasi Goreng Sayur Dan Daging

Ramuan / Bahan

400 gm daging tanpa lemak - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil halia - diparut halus
2 sudu besar minyak jagung
1 biji capsicum - dipotong
200 gm 'snow peas' 800 gm nasi
3 sudu besar kicap
2 sudu kecil minyak bijan hitam
80 gm daun bawang - dihiris kecil
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Panaskan kuali tanpa lekat, masak daging bersama halia dan bawang putih selama 8 hingga 10 minit. Angkat, ketepikan. Panaskan minyak jagung, tumis cili capsicum, kacang hijau 'snow' selama 3 minit. Masukkan nasi, kicap, minyak bijan hitam dan goreng hingga rata. Campurkan daging yang digoreng tadi dan kacau lagi hingga sekata selama 5 minit. Masukkan garam dan serbuk lada sulah, gaul hingga rata. Setelah masak, angkat dan taburkan daun bawang yang dihiris kecil.