Nasi Goreng Sayur & Daging

Ramuan / Bahan

400 gm daging tanpa lemak (dipotong kecil)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil halia (diparut halus)
2 sudu besar minyak jagung
1 biji cili capsicum (dipotong)
200 gm 'snow peas' 800 gm nasi
3 sudu besar kicap
2 sudu kecil minyak bijan hitam
80 gm daun bawang (dihiris kecil)
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Panaskan kuali tanpa lekat, masak daging bersama halia & bawang putih selama 8-10 minit. Angkat, ketepikan. Panaskan minyak jagung, tumis cili capsicium, kacang hijau 'snow' selama 3 minit. Masukkan nasi, kicap, minyak bijan hitam & goreng hingga rata. Campurkan daging yang digoreng tadi & kacau lagi hingga sekata selama 5 minit.
Masukkan garam & serbuk lada sulah, gaul hingga rata. Setelah masak, angkat
& taburkan daun bawang yang dihiris kecil.