Nasi Goreng Sardin

Ramuan / Bahan

- 4 cawan beras (dimasak dahulu)
- 1 tin kecil sardin (diambil ikannya dan 3 sudu besar sosnya)
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
- 4 biji telur (siap dipukul)
- Segenggam cendawan tiram
- Kicap masin secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Memula, kisar bawang merah bersama bawang putih. Ikan sardin dihancurkan.
2. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan panas. Pastu, tumis bawang yang telah dikisar tadi dengan cili kisar.
3. Bila dah garing, masukkan ikan sardin ngan sos dia sekali.
4. Tumis sebentar.
5. Seterusnya, masukkan telur dan cendawan, kemudian, tumis.
6. Akhir sekali, masukkan nasi. Gaulkan sehingga semua bahan2 tadi bersatu.