Nasi Goreng Ratu

Ramuan / Bahan

nasi putih
Bahan A
bawang merah(3-4 ulas)
bawang putih(3 ulas)
cabai melaka(5-6 mengikut tahap kepedasan)
cabai hidup(1 biji)
belacan(1cm)
sayur campur
garam
gula
bahan ayam
ayam di bahagian dada(2 ketul)
halia(2 inci)
bawang putih(3 ulas)
lada hitam(1 camca besar)
telur tepung jagung
sos tiram
kicap pekat
sedikit air

Cara-cara

1)Bahan A ditumbuk atau dikisar mengikut kesesuaian.
2)Tumiskan bahan yang telah ditumuk tadi
3)Setelah naik aroma,masukkan nasi putih dan sayur campur,garam dan sedikit gula secukup rasa.
4)Gaulkan sehingga sebati dan tunggu sehingga masak.
Cara memasak ayam:
1)Bawang putih dan halia dikisar dan diperapkan bersama ayam yang telah dipotong dadu selama 5 minit.
2)Sementara itu tumbuk lada hitam tadi menjadi serbuk.
3)Ayam yg suudah diperap dicelup kedalam telur dan digaulkan bersama tepung jagung
4)Goreng dalam api yang panas.
5)Angkat dan letakkan di lam pinggan.
6)Untuk membuat sosnya pula,masukkan lada,kicap pekat,sos tiram garam dan gula secukup rasa dan sedikit air.
7)Untuk memekatkan kuah,masukkan tepung jagung .Tunggu sehingga masak.