Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Nasi Goreng Praktikal & Sedap

Ramuan / Bahan

Nasi semangkuk
2 ulas bawang putih
sedikit udang kering
5 ekor udang besar
5 batang cili padi (ikut citarasa) sebiji telur
sos L&P
sayur campur
daun bawang
lada sulah

Cara-cara

Bawang putih, cili padi dan udang kering ditumbuk sehingga hancur. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yg ditumbuk kedalam kuali dan digoreng sehingga garing. Masukkan udang bersama sayur campur dan goreng seminit dua . Masukkan nasi dan gaul sebati . Percikkan sos L&P dan lada sulah kedalam nasi dan gaul sebati. Buatkan lubang ditengah-tengah kuali dan pecahkan telur . Setelah telur kelihatan separuh masak , campurkan telur dan nasi dan digoreng sebati . Akhir sekali, sebelum diangkat masukkan daun bawang