Nasi Goreng Petai

Ramuan / Bahan

3 mangkuk nasi putih
5 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 mangkuk isi udang
1 mangkuk isi sotong 2 sudu kecil cili api kisar
1 mangkuk petai
1 labu bawang besar - dimayang sederhana tebal
Garam

Cara-cara

Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau.

Masukkan cili api kisar. Masak hingga cili benar benar masak.

Masukkan isi udang dan isi sotong - masak hingga separuh masak.

Masukkan petai, bawang besar, garam.

Bila bawang sedikit layu, masukkan nasi putih dan gaul sebati.

Sedia untuk dihidang.