Nasi Goreng Petai

Ramuan / Bahan

5 sudu makan marjerin
3 sudu makan kicap manis
1 papan petai, kupas dan dibelah empat
3 piring nasi
2 biji buah tomato, dipotong-potong
2 batang daun bawang, dipotong halus
Minyak untuk menumis Rempah yang dihaluskan:
5 biji cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis rempah-rempah yang sudah dihaluskan sampai baunya harum. Kemudian masukkan kicap manis dan petai. Adun sampai rata. Setelah petai masak, masukkan nasi putih dan adun terus sampai rata dan sebati betul. Setelah itu boleh diangkat dan dihidangkan. Ketika menghidangnya, taburkan bawang goreng diatasnya. Hiaskan dengan tomato dan daun bawang yang sudah dipotong.