Nasi Goreng Permaisuriku

Ramuan / Bahan

1 mangkuk nasi putih
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu besar mentega
4 sudu minyak bijan 1 sudu isi ayam
½ peket sayur campur
4 yangkai cendawan
Sedikit garam & serbuk perasa (jika perlu)

Cara-cara

Tumis bawang putih hingga garing serta naik baunya, lalu masukkan isi ayam. Biar isi ayam empuk buat seketika, baru masukkan nasi putih yang sudah digaul dengan mentega. Kacau & masukkan sayur campur, cendawan, garam, serbuk perasa & minyak bijan. Kacau lagi sehingga masak baru diangkat & hidangkan.