Nasi Goreng Panas

Ramuan / Bahan

2 pinggan nasi putih
4 biji bawang merah
Sedikit bawang putih
10 tangkai cili padi
15 ekor ikan bilis
1 inci halia
1 biji telur ayam (digoreng hancur)
1 mankuk kecil daging ayam (dipotong halus)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk lumat)
(bawang merah, bawang putih, cili padi & halia perlu dikisar terlebih dahulu)
Garam & ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar beserta lada hitam. Tumis hingga naik baunya.Masukkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga daging tersebut masak Kemudian masukkan telur hancur tadi.

Kacau hingga semuanya sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kemudian masukkan nasi dan gaulkan hingga sebati.