Nasi Goreng Makanan Laut

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 peket perencah nasi goreng
100 gm udang (dibuang kulit) 100 gm filet ikan (dihiris)
100 gm sotong (dihiris)
2 mangkuk nasi

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan perencah nasi goreng sehingga ia terbit bau.

Masukkan udang kecil, filet ikan dan sotong. Masak selama 2 minit.

Masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
Hiaskan dengan hirisan timun dan tomato.

Hidangkan semasa panas.