Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Nasi Goreng Mak Mek

Ramuan / Bahan

6 cawan nasi yang telah disejukkan
6 labu bawang merah
4 biji cili merah
3 biji telur
1 biji limau nipis 2 sudu besar minyak
1 sudu besar minayk sapi atau marjerin
1 sudu besar kicap cair
½ sudu besar kicap pekat

Cara-cara

Tumbuk atau mesin cili bersama 1 labu bawang merah. Mayang bawang merah yang selebihnya. Pukul telur hingga hancur. Panaskan minyak sapi atau marjerin dan campur dengan minyak masak. Tumiskan cili dan kacau. Masukkan bawang merah dan kacau selama 2 minit. Masukkan nasi dan balik-balikkan supaya mesra dengan perencahnya. Buatkan lubang di tengah-tengah nasi yang sedang digoreng. Tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam lubang itu. Kacau telur bersama nasi. Masukkan kicap pekat dan kicap cair dan kacau lagi. Apabila sudah rata kicapnya dan nasi berwarna hitam barulah diangkat. Sebelum menghidang, perah asam limau jika suka.