Nasi Goreng Kunyit Asli

Ramuan / Bahan

4 mangkuk nasi sejuk
½ genggam ikan bilis
3 sudu besar minyak
sedikit garam
Bahan dihiris:
Cili padi (6-8 biji)
Bawang kuning/benggala (½ biji)
Bawang merah (2 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Satu inci kunyit hidup
Sebiji telur
Sedikit kubis bulat

Cara-cara

Panaskan 1 sudu minyak. Goreng telur (hancur-hancurkan)- siap diangkat. Tambah 2 sudu minyak. Goreng ikan bilis (garing) - siap diangkat. Tumis semua bawang, cili padi dan kunyit. Setelah naik bau, masukkan telur,bilis,nasi dan kubis. Sedikit garam. Kacau sehingga rata. sedia untuk dihidang.