Nasi Goreng Kunyit

Ramuan / Bahan

4 cawan nasi putih
sedikit serbuk kunyit
sebiji telur
garam
cili merah
cili kecil
bawang merah
sedikit ikan bilis

Cara-cara

Ikan bilis digoreng terlebih dahulu. ketepikan. Nasi putih digaul dengan dua camca kecil garam. Ketepikan. Tumbuk cili merah, cili kecil dan bawang merah sampai lumat. Panaskan dua camca besar minyak yang digunakan untuk mengoreng ikan bilis tadi. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan kunyit dan telur, kacau rata dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan nasi dan ikan bilis. Gaul sebati.