Nasi Goreng Kuala

Ramuan / Bahan

nasi - 2 cawan
telur - 1 biji
daging - 50gm
udang sederhana - 10 ekor
sayur campur (kacang peas, karot & jagung) - secukup rasa
Bawang putih - 4 ulas
cili kering - 3 biji
kiub ayam - ½ kiub
Lada sulah - sesedap rasa

Untuk hiasan :
ikan bilis - digoreng sesedap rasa
udang geragau - digoreng garing
telur - 1 biji digoreng dadar & dihiris halus
Daun sup & daun bawang

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih & cili kering hingga naik bau. Masukkan daging, goreng sebentar & masukkan sedikit air. kemudian masukkan sayur campur tadi dan udang. Masukkan pula telur, goreng rata. Masukkan pula sedikit garam & kiub ayam. Lastly, masukkan pula nasi. Goreng lagi selama 10 minit hinga nasi betul-betul sebati dengan bahan-bahan tadi. Just sebelum tutup api, taburkan udang geragau & ikan bilis goreng dan sedikit lada sulah. Kacau rata dan tutup api.