Nasi Goreng Kerabu

Ramuan / Bahan

2cm lengkuas
8 biji lada hitam (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (diketuk)
10 biji cili padi (diketuk)
1 batang serai (diracik halus)
8 helai daun limau (diracik halus)
2 sudu besar sos ikan
miyak masak untuk menumis
100 gm udang kering ditumbuk 1 biji buah tomato(dipotong dadu)
300 gm udang segar
sedikit daun sup dan daun bawang (untuk hiasan)
i biji cili merah (untuk hiasan)
sedikit bawang goreng
2 biji telur ayam
5 cawan nasi putih
3 utas kacag panjang (dipotong kecil-kecil)


Cara-cara

1.Tumiskan bawang putih, lada hitam dan
cili padi hingga naik baunya.
2.Masukkan serai, lengkuas dan udang kering, biarkan seketika.
3.Masukkan udang segar dan biarkan ianya masak.
4.Masukkan kacang panjang dan buah tomato.
5.Masukkan sos ikan dan pecahkan telur.
6.Masukkan nasi dan kacau hingga sebati.