Nasi Goreng Kerabu

Ramuan / Bahan

2 cawan beras(ditanak)
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili api-ditumbuk
Isi ayam dipotong kecil
Ikan bilis - digoreng terlebih dahulu
1 batang serai-dimayang halus
1 batang bungan kantan - dimayang
1 helai daun kunyit - dimayang
Seikat kacang panjang - dihiris
sedikit garam

Cara-cara

Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah garing masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi dan kacau.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang. Kacau hingga rata dan hidangkan.