Nasi Goreng Keju Malaysia

Ramuan / Bahan

3 mangkuk nasi
250 g udang, dibasuh dan dikupas
200 g filet ayam, dipotong dadu
300 g sotong, dibasuh dan dipotong ikut selera
3 butir telur dibuat dadar dan dicarik
½ sudu teh lada sulah
1 sudu besar daun limau purut dicarik
100g keju KRAFT dicarik Bahan untuk dikisar lumat:
150 g bawang
6 batang cili
150 g udang kering, dibasuh dan direndam selama 5 minit
20 g kunyit
5 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan dikisar. Masukkan udang dan ayam lalu dikacau. Masukkan nasi, lada sulah, daun limau purut dan akhir sekali telur dadar dan keju yang dicarik. Hias dan hidangkan panas.