Nasi Goreng Kampung Istimewa

Ramuan / Bahan

2 mangkuk nasi sejuk
½ mangkuk udang basah sederhana besar
½ mangkuk kacang botol - dihiris nipis
1/3 mangkuk tempe - hiris dan goreng garing
2 sudu besar ikan bilis goreng
2 sudu besar minyak masak Bhn tumbuk (tidak terlalu halus):
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Beberapa tangkai cili padi (ikut suka)
1 cm halia
1 sudu kecil serbuk belacan
Sedikit garam (tambahan jika belacan kurang masin)

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan kacang botol dan udang. Kacau selama 1/2 minit. Masukkan tempe, ikan bilis goreng dan nasi sejuk. Kacau sehingga sebati. Angkat dan hidangkan.