Nasi Goreng Jepun

Ramuan / Bahan

1 pinggan nasi putih
5 ulas bawang merah ] dimayang
2 ulas bawang putih ]
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur 1 sudu besar kicap
Garam dan ajinomoto secukup rasa
2 tangkai daun sup dihiris halus
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak kelapa

Cara-cara

Masukkan majerin dan minyak kelapa ke dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang sehingga berbau. Setelah itu masukkan telur yang telah dipecahkan dan gorengkan hingga telur itu hancur.Setelah itu masukkan nasi. Gaul hingga rata. Masukkan pula garam, ajinomoto, kicap dan lada sulah. Gorengkan lagi hingga semua rata. Apabila sudah sesuai rasanya boleh diangkat. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun sup.