Nasi Goreng Jejari Ikan

Ramuan / Bahan

3 cawan nasi putih
100 gm udang
100 gm isi ketam
1 biji telur
50 gm kacang pis
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji bawang merah (tumbuk)
1 sudu besar cili giling
50 gm cendawan 4 keping jejari ikan
Serbuk perasa
Garam

Bahan hiasan:

Bawang goreng
Cili merah (dipotong)
Timun
Daun sup

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering hingga wangi.

Masukkan udang, isi ketam dan jejari ikan. Kacau rata baru masukkan kacang pis, cendawan dan nasi.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau-kacau dan pecahkan telur. Gaul rata baru diangkat.

Masukkan ke dalam pinggan dan hias dengan bawang goreng,timun, cili merah dan daun sup.