Nasi Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

2 mangkuk nasi sejuk
2 biji telur
1 cawan isi ayam, di potong kecil-kecil
1 cawan udang, dipotong kecil-kecil
1 keping katlet ikan 1 cawan daun bawang/dimayang
1 camca teh gula
½ cawan minyak masak
Garam secukupnya

Cara-cara

Panaskan miyak di dalam kuali. Goreng udang, isi ayam dan katlet ikan beberapa minit dan angkat. Tambah minyak dan panaskan. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Apabila telur masak masukkan nasi dan kecilkan api. Masukkan udang, isi udang, isi ayam, katlet ikan, garam, gula dan daun bawang. Kacau hingga rata. Besarkan api dan goreng hingga semuanya betul-betul masak.