Nasi Goreng Ikan Masin Pedas Austin

Ramuan / Bahan

Nasi sejuk
3 batang cili padi
2 batang cili besar
Sayur Campur
ikan masin(digoreng rangup dan ditumbuk)
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 3 sudu minyak masak
garam secukup rasa
serbuk perasa

Cara-cara

Kisar halus cili padi,cili besar,bawang putih dan bawang merah.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan sayur campur dan biarkan seketika. Masukkan nasi,garam dan serbuk perasa dan suaikan rasanya.