Nasi Goreng Hillstation

Ramuan / Bahan

5 camca besar minyak
4 biji cili merah, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
2 camca besar ikan bilis (jenis kecil)
1 biji telur
80 gm kacang panjang 600 gm nasi
Garam secukup rasa
1 ekor ketam, digoreng - sampingan
2 ekor udang digoreng - sampingan
2 ekor sotong, dibersihkan dan digoreng
2 keping keropok ikan - digoreng

Cara-cara

Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dikisar serta ikan bilis hingga naik bau. Masukkan telur dan kacang panjang, kacau rata. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. Masukkan garam secukup rasa. Setelah digoreng, hidangkan di dalam pinggan makan bersama bahan-bahan sampingan.